Wednesday 13 March 2013

"LAHAD DATU....TUNGGU......"TIAN CHUA


NAIB Presiden PKR, YB Tian Chua dilaporkan sebentar tadi oleh sumber suarapakatanrakyat.com di ibu pejabat PKR, Tropicana, akan mengadakan lawatan ke Lahad Datu Sabah, untuk bertemu dengan rakyat di sana dan menjelaskan begitu banyak salah faham berkaitan kenyataannya yang menyifatkan insiden di Lahad Datu ini sebagai satu sandiwara UMNO.
Selain dari sesi penerangan, Tian Chua juga akan turut hadir di Balai Polis Lahad Datu untuk memberi keterangan atas beberapa laporan polis yang telah dibuat ke atas beliau di sana.
Lawatan tersebut dijangka diadakan beberapa hari dari sekarang ini bukan sebagai respon ke atas cabaran ahli Parlimen Silam, Datuk Salleh Kalbi beberapa hari lepas yang sanggup membiayai kedatangan beliau kesana (Salleh boleh simpan saja wangnya itu), tapi sememangnya sejak salah faham ini bermula, Tian Chua memang tidak sabar untuk ke Sabah tapi tertangguh atas beberapa sebab tertentu.
Diantaranya, termasuklah untuk mendapatkan jaminan keselamatan dari pihak Polis Diraja Malaysia dengan menyediakan khidmat kawalan polis pengiring sepanjang beliau berada di sana.
Jaminan ini bukan bermaksud Tian Chua bimbang dengan tindak balas rakyat Sabah, beliau pun tahu rakyat Sabah sudah muak dengan pentadbiran kerajaan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.  Tapi beliau bimbang dengan kacau bilau yang mungkin dicetuskan penyokong UMNO atau samseng yang diupah untuk mencederakannya nanti.
Pemimpin Pakatan Rakyat Sabah, seperti Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing juga akan turut menyertai Tian Chua sepanjang siri jelajah ini untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada penduduk Sabah amnya dan Lahad Datu khasnya.
Lajim yang dilaporkan turut mempunyai pandangan hampir sama dengan Tian Chua mengenai sandiwara UMNO dalam insiden pencorobohan ini, dilaporkan telah berada di Lahad Datu sejak beberapa hari lepas untuk memastikan kelancaran persiapan menyambut Tian Chua nanti.
Cuma yang dibimbangi sekarang ialah keengganan kerajaan negeri Sabah untuk membenarkan Tian Chua memasuki Sabah. Apatah lagi dalam beberapa demonstrasi yang diadakan sebelum ini, ada permintaan gila dari mereka yang terlibat, meminta kerajaan Sabah menghalang Tian Chua dari memasuki negara tersebut.
Seperti yang umum tahu, selaras dengan Perjanjian 20 Perkara kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia dahulu, hak imigresen untuk membenarkan atau tidak orang Semenanjung untuk memasuki Sabah, adalah terletak di tangan kerajaan negeri terbabit.
Laman ini mendesak kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman supaya membenarkan kemasukan Tian Chua ke Sabah bagi membolehkannya membela diri atas kenyataannya yang diputar belit oleh media UMNO dan BN.  Jangan jadi bacul dengan menghalang Tian Chua dari masuk.
Rakyat perlu dimaklumkan bahawa kenyatan Tian Chua itu dibuat sebelum kematian di kalangan anggota keselamatan bermula, bukan selepas. Walaupun laman ini tidak nampak sebarang kaitan antara dakwaan sandiwara UMNO dengan kematian anggota keselamatan, tapi jika itulah alasannya, maka penyokong Pakatan Rakyat perlu menerima dengan hati terbuka.
Sebarang pro and cons, kita putuskan kemudian.

No comments:

Post a Comment