Tuesday 12 March 2013

Ap Kejadahnya Gaji Polis Naik



SEJAK Ops Daulat ini bermula, pelbagai kelemahan ketara dari segi tahap siap siaga anggota polis dan tentera negara kita, menjadi tontonan masyarakat hari ke hari.
Dari askar yang cuai sehingga penceroboh bersenjata dapat menerobos masuk, juruterbang tentera yang gagal melepaskan bom tepat pada sasaran, sehingga kepada polis pasukan khas yang gagal mengenalpasti penjenayah sebenar dan menyebabkan seorang remaja berusia antara 12-15 tahun menjadi korban peluru mereka, semua ini menjadi topik perbualan hangat rakyat di kedai kopi.
Orang UMNO duduk Coffee House pagi sampai petang, mana nak tau cerita ini semua.
Itu yang kita semua pelik, bagaimana dengan semua keadaan yang menjurus kepada tidak efisien seperti ini, Perdana Menteri Najib Tun Razak boleh membuat keputusan untuk menaikkan gaji anggota tentera dan polis serta kakitangan awam yang lain – menggunakan alasan penyelarasan gred?
Laman ini mengakui bahawa kami tidak pakar dengan Perintah Am yang menjadi rujukan bila bercakap tentang kakitangan awam, tapi bukankah dalam masa yang sama, mengikut logik akal, kenaikan gaji sepatutnya berasaskan prestasi perkhidmatan individu, jabatan atau pasukan tersebut?
Rakyat ada hak untuk tahu kerana wang ini (hampir RM 2 billion) bukan keluar mencurah dari poket Najib, sebaliknya dari hasil yang disumbangkan rakyat keseluruhan!!
Benar, Pakatan Rakyat juga menawarkan kenaikan gaji anggota polis sebanyak 15% dalam Manifesto Rakyat yang dibentangkan beberapa minggu lepas, tapi itu hanya setelah mengambil kira pengurangan saiz anggota pasukan tersebut secara berperingkat-peringkat dengan pemansuhan Cawangan Khas dan Pasukan Gerakan Am (PGA) – rujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lagipun itu hanyalah tawaran, keputusan akhir hanya akan dibuat setelah Pakatan Rakyat mendapat akses penuh kepada kedudukan kewangan negara, sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat nanti.
Berkaitan anggota tentera pula, Pakatan Rakyat tidak ada rancangan untuk menaikkan gaji mereka kerana selain kos yang membebankan rakyat, peranan mereka dalam menjaga keselamatan negara pun belum benar-benar teruji, berbanding dengan anggota polis yang berdepan dengan jenayah hampir setiap hari.
Tindakan Najib membuat pengumuman kenaikan gaji ini jelas bermotifkan politik, mengambil kesempatan dari situasi tegang yang berlaku di Sabah sekarang.  Najib juga cuba mewariskan beban kewangan yang bertimbun kepada Pakatan Rakyat dengan pengumuman kenaikan gaji ini.
Najib terlupa, kakitangan awam hanyalah sebahagian kecil dari keseluruhan masyarakat Malaysia hari ini.  Walaupun peranan mereka memang diakui penting, tapi peranan rakyat dari kumpulan yang lain juga tidak boleh diketepikan.
Apatah lagi mengambil kira jumlah mereka yang jauh lebih ramai!!.
by:SPR


No comments:

Post a Comment