Thursday 4 April 2013

Tuk Mun Elok Duduk Tepi Kubur

HASRAT wanita tua ini, Maimun Yusof, 94 untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu, benar-benar menjengkelkan penulis.  Walaupun dia tidak berupaya memberi cabaran kepada calon Pakatan Rakyat mahupun calon BN, tapi kehadirannya mampu menjejaskan undi yang sepatutnya diterima Pakatan Rakyat.
 
Perkara ini terbukti pada 2008, bila Maimun atau lebih dikenali sebagai Tuk Mun ini bertanding di parlimen yang sama dan berjaya memperolehi 685 undi sehingga menyaksikan calon PAS, Mohamad Sabu tewas tipis di tangan calon BN, Razali Ibrahim (sudah meninggal dunia) dengan majoriti sebanyak 628 undi.
 
Kalau si tua ini tidak bertanding, hampir pasti Kuala Terenggau menjadi milik Pakatan Rakyat dengan lebih awal tanpa perlu menunggu Razali mati pun.
 
Lagipun, pada umur setua ini, apa yang Maimun mampu lakukan untuk kepentingan rakyat Kuala Terengganu?  Nak berkempen pun sukar, lagi nak berulang alik untuk menghadiri sidang parlimen nanti (kalau menanglah, yang mana sangat mustahil).
 
Menjadi calon pilihanraya bukan perkara suka-suka atau memenuhi hasrat yang tidak berjaya dilakukan ketika muda.  Nasib rakyat yang sedang dipertaruhkan sekarang dan penentuan kepada masa depan Negara.
 
Walaupun tidak ada undang-undang yang melarang orang pada umur begini menjadi calon, tapi logiklah sedikit, takkan dia masih mampu berkhidmat kepada rakyat lagi.  Nak bantu diri sendiri pun belum tentu.
 
Nampak sangat kehadirannya hanya untuk menganggu peluang Pakatan Rakyat untuk menang walaupun dalam pilihanraya kecil yang diadakan kemudian, Pakatan Rakyat berjaya merampas semula kawasan tersebut dengan majoriti yang lebih besar dari yang dimenangi Razali, iaitu sebanyak 2,631 undi.
 
Justeru, jentera Pakatan Rakyat di kawasan itu perlu memastikan Tuk Mun ini tidak berjaya meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang.
 
Tuk Mun ini elok diingatkan bahawa tempatnya di kubor, bukan di Parlimen.  Elok sangatlah bagi perhatian kepada kematian yang boleh menjelang pada bila-bila masa dari membuat dosa dengan menganggu peluang orang lain yang lebih muda untuk berkhidmat sebagai ahli parlimen.

Rakyat Selangor Kecewa Wan Azizah Tidak Bertanding

PENGUMUMAN Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang, benar-benar mengecewakan rakyat Selangor, terutama di Ijok - kawasan yang disebut-sebut akan ditandingi beliau sebelum ini.
 
Banyak yang telah disebut tentang kedatangan Wan Azizah ke Selangor, malah Menteri Besar Selangor sendiri Tan Sri Khalid Ibrahim telah membayangkan bahawa Wan Azizah mungkin menggantikan tempat beliau di Selangor seterusnya berpotensi untuk dilantik sebagai Menteri Besar Wanita Pertama di Negara ini.
 
Dengan pengumuman semalam, maka tamatlah teka teki mengenai pencalonan Wan Azizah di negeri tersebut yang menjadi bualan banyak pihak sebelum ini.
 
Bagaimanapun, laman ini melihat ada perkara yang lebih besar selain kekecewaan kerana tidak dapat melihat Wan Azizah bertanding di Selangor,
 
Isunya tentang perbalahan terbuka antara Wan Azizah dan timbalannya, Azmin Ali sehingga membawa kepada beberapa keputusan bercanggah yang tidak langsung menguntungkan PKR.
 
Terutama dalam soal pembahagian calon.
 
Dengan Wan Azizah diketepikan, itu bermaksud, Anwar telah mula masuk campur dalam soal perbalahan antara 2 kem ini dan kelihatan disitu Anwar tidak mahu mandat Azmin selaku Pengarah Pilihanraya PKR Pusat yang berkuasa menentukan calon PKR di seluruh Negara, diganggu gugat oleh sesiapa.
 
Termasuklah Wan Azizah sendiri.  Dalam erti kata lain, Anwar menyebelahi Azmin dan bersikap professional, walaupun perkara ini melibatkan isterinya sendiri. 
 
Di satu sudut, nampak jelas bahawa Anwar bijak membezakan peranan isterinya sebagai Presiden parti dan tugas Azmin Ali selaku Pengarah Pilihanraya.
 
Tapi disatu sudut yang lain pula, campur tangan ini dilihat agak terlewat kerana Wan Azizah telah mengarahkan anaknya, Nurul Izzah dan seorang Naib Presiden PKR, Tian Chua supaya melancarkan gerakan bagi menyekat Azmin dari meletakkan calon-calon pilihannya sendiri sahaja.
 
Beberapa Ketua Cabang PKR telah pun mengisytiharkan diri sebagai calon parlimen bagi kawasan masing-masing atas mandat yang diberikan Wan Azizah melalui Nurul Izzah dan Tian Chua.
 
Azmin pasti akan menggunakan sepenuhnya kuasa selaku Pengarah Pilihanraya Pusat untuk menolak pengisytiharan ini dan meneruskan dengan rancangan yang telah dibentuk sejak dari awal.
 
Laman ini bimbang, akan berlaku undi protes dari penyokong-penyokong Cabang yang dipilih Presiden tapi ditolak oleh Azmin.  Ada maklumat yang menunjukkan beberapa Cabang telah menutup bilik gerakan masing-masing kerana protes, antaranya di Johor Bahru dan Batu Pahat.

Wednesday 3 April 2013

Pakatan Rakyat Akan Menang 69 Kerusi

MAKLUMAT terbaru hasil dari kajian yang dijalankan oleh Merdeka Survey Center menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat hanya mampu menang dengan selamat di 69 kerusi parlimen sahaja.
 
Kebanyakkan dari kerusi-kerusi tersebut adalah dimenangi oleh DAP dan parti tersebut dijangka menguasai lebih banyak kerusi parlimen mewakili Pakatan Rakyat kali ini.
 
Tidak begitu mengejutkan juga apabila Kedah dinyatakan dalam kajian tersebut sebagai negeri yang paling banyak menyumbang kepada kehilangan kerusi Parlimen bagi Pakatan Rakyat.  Antara yang menjadi sebab kepada keadaan tersebut ialah kegagalan wakil yang dipilih berkhidmat kepada rakyat, kurang kerjasama dari kerajaan negeri dan sebagainya.
 
Faktor yang terbesar sekali sudah tentulah pergeseran politik dalam parti pemerintah PAS yang menjejaskan khidmat yang cuba diberikan wakil-wakil rakyat berkenaan kepada pengundi di kawasan masing-masing.
 
Di negeri-negeri lain juga ada masalah yang hampir serupa, sementara UMNO/BN sedang memantapkan kedudukan di kawasan-kawasan yang mereka kalah pada 2008.
 
Semua inilah yang menyumbang kepada keadaan di mana Pakatan Rakyat bakal kehilangan banyak kerusi Parlimen, disebalik pelbagai usaha saat-saat akhir yang dilakukan pemimpin untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di lebih banyak kerusi parlimen dan DUN.
 
Antaranya seperti tindakan pemimpin-pemimpin DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri meninggalkan kerusi selamat masing-masing dan bertanding di kerusi parlimen lain.  Walaupun
 
Tapi berapa kerat sangat kerusi yang diperuntukkan kepada DAP dan PKR pun dimana formula tersebut boleh dipraktikkan.  DAP mungkin boleh dapat banyak kerusi kerana kawasan dengan populasi kaum yang seimbang ini memang banyak di Negara ini, bagaimana dengan PKR, PAS yang hanya bergantung kepada undi Melayu?
 
Inilah masalahnya yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan Pakatan Rakyat sebelum proses penamaan calon bermula.  Walaupun sudah ada pengumuman di sana sini, tapi perkara itu boleh berubah pada bila-bila masa sahaja selagi belum hari penamaan calon.
 
Selain itu perlu juga difikirkan tentangan dalaman dari pemimpin dan penyokong di peringkat akar umbi yang tidak dipilih kerana memberi jalan kepada calon luar yang lebih berkelayakkan. 
 
Ini penting kerana setakat artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya sudah 3 Ketua Cabang yang menunjukkan protes kerana tidak dipilih, dengan 1 daripadanya (pemimpin di Perak) telah membuat pengumuman untuk keluar dari PKR.

Pakatan Rakyat Wajib Serang Mahathir Habis-Habisan

BANYAK tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zainudin Maidin dan beberapa orang lain lagi kebelakangan ini yang telah merosakkan reputasi Pakatan Rakyat.
 
Walaupun telah bersara dari politik dan jawatannya pada 2003, laman ini perlu mengakui bahawa Mahathir masih mempunyai pengaruh yang agak kuat di kalangan rakyat Malaysia, terutama di kalangan orang Melayu dan India.  Orang tua ini dah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, bodohlah kalau sesiapa menganggap dia tidak mempunyai pengaruh.
 
Keadaan ini boleh dilihat pada 2008, bilamana kecaman berterusan Mahathir ke atas pentabiran kerajaan Malaysia dibawah Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu telah menyebabkan UMNO dan BN hilang majority 2./3 di parlimen - kali pertama sejak 1969.
 
Pakatan Rakyat tidak boleh mengulangi kesilapan Paklah yang terlalu memandang rendah keupayaan Mahathir sehingga BN dibawah pimpinannya hampir ditumbangkan pada 2008.
 
Maka itu, kenyataan Mahathir perlu diambil berat oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan sewajarnyalah pada waktu ini, jentera Pakatan Rakyat menumpukan sepenuh usaha untuk menyerang Mahathir, Daim dan sesiapa juga yang dilihat bersekongkol dengan mereka.
 
Tidak boleh tunggu-tunggu lagi.
 
Apatah lagi setelah laman ini melihat ada perubahan sokongan yang agak besar dari pengundi cina kepada UMNO kebelakangan ini, terutama setelah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memberikan petunjuk bahawa BN akan menang dengan majoriti lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang.
 
Dari apa yang laman ini faham, kalau majoriti besar, itu bermaksud BN akan kembali menguasai 2/3 majoriti dalam parlimen kerana kalau diikutkan keputusan pada 2008, mereka hanya kekurangan 8 kerusi parlimen sahaja.
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim rasanya telah memulakan langkah bijak apabila kerap menyerang Mahathir kebelakangan ini sehingga ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bimbang kenapa beliau tidak langsung menyentuh Najib.
 
Tapi sebagai pemimpin yang kaya dengan pengalaman dan pernah menjadi Timbalan kepada Mahathir, Anwar sebenarnya tahu kelebihan Mahathir yang tidak dimiliki oleh Najib, yang mana kelebihan itu kalau tidak ditangani betul-betul, akan menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
 
Langkah ini seharusnya diikuti oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, takkan nak tunggu bersuruh?