Thursday, 21 February 2013

Sokong Tok Guru : Penerima BR1M adalah Binatang & Lembu UMNGOK!

MEMANG dalam keadaan sekarang, setiap pihak menunggu masa sahaja pihak yang satu lagi membuat silap.  Inilah yang berlaku semalam bila kenyataan Mursyidul Am PAS yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai binatang, mendapat reaksi negatif dari sebahagian besar pengguna Internet.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami”.

Betul lah statement tersebut, dimana yang salah?  Ada sesiapa boleh tunjukkan penulis?
Kenyataan ini tidak sepatutnya diterima sebagai penghinaan, sebaliknya satu pengajaran.  Mesejnya begitu jelas sekali, di masa hadapan, jangan terima pemberian wang tunai dari kerajaan BN sebab niatnya tidak baik, nak membeli undi rakyat.

Kalau dari kerajaan Pakatan Rakyat itu tidak mengapa kerana pemberian kita demi untuk mengurangkan beban rakyat, bukan memaksa mereka mengundi kita seperti mana yang cuba dilakukan BN sekarang!!
Inilah mesej sebenarnya yang cuba disampaikan Nik Aziz semalam.  Tapi pelik kenapa tidak ramai yang mahu melihatnya begitu (dari sudut positif)?

Pada penulis sendiri, memang menunggu kenyataan seumpama ini dikeluarkan dari mulut mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat.  Maklum sahajala, sejak pemberian BR1M 2.0 ini dimulakan, tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan membantah pemberian tersebut.

Berbeza dengan pemberian BR1M yang pertama dahulu, bila pemimpin-pemimpin PAS seperti Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Nik Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan mengharamkan wang tersebut, lama sebelum wang itu dibayar pun.

Jadi bila ada kenyataan seumpama ini dari Nik Aziz, maka kita sepatutnya menyokong dan mengelakkan diri dari menerima wang tersebut.  Terutama sekali orang Islam, orang bukan Islam tidak mengapa kerana hukum halal haram ini tidak terpakai kepada mereka.

Kalau masih berkeras juga untuk menerimanya, seolah-olah besar benar nilai RM 500 itu, maka terimalah hakikat menjadi haiwan.  Jangan salahkan Nik Aziz, jangan salahkan sesiapa kerana penerima brim adalah binatang & lembu UMNGOK! !

Tuesday, 19 February 2013

20 IKRAR & JANJI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT TERENGGANU!!


Pakatan Rakyat Negeri Terengganu  memberi pelbagai program dan insentif kepada rakyat Terengganu dalam manifesto untuk persediaan menghadapi PRU13, sebagai janji-janji yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat memerintah selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).
Terdapat 20 Manifesto Pakatan Rakyat Terengganu yang akan dilaksanakan :-
1) Caj Wad hospital akan di tanggung oleh kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat Terengganu.
2) Insentif perkahwinan RM15,000 untuk pengantin lelaki dan RM 8,000 untuk pengantin perempuan bagi  perkahwinan   pertama.
3)  Tabung pinjaman perumahan untuk rakyat secara qardhul-hasan sebanyak RM100 juta setahun, dan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan negeri Terengganu.
4)  Tabung pinjaman usahawan 300 ribu seorang.
5)  Insentif untuk ujian memandu  RM2000.
6)  Insentif ibu bersalin sebanyak RM400 setiap kelahiran dan caruman RM5000 untuk anak.
7)  Insentif RM 2000 setiap bulan kepada warga emas yang berusia 60 tahun keatas selain  pesara kerajaan.
8)  Mewujudkan pusat kegiatan Masyarakat Setiap DUN & Sekolah Rendah Mengantikan Sekolah Sekular.
9 ) Memansuhkan semua bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Terengganu dan menggantikannya dengan biasiswa 15,000 satu Semester.
10) Setiap Rakyat Terengganu layak memohan 1 lot tanah & sebuah rumah di atas tanah tapak yang di pohon.
11) Mewujudkan bandar lestari baru di  setiap daerah dengan pelbagai pengangkutan awan percuma kepada Rakyat Terengganu dengan mengunakan sistem E-Tiket dengan 'Claim' daripada kerajaan Negeri.
12) Cuti bagi kakitangan kerajaan Negeri bagi Suami kepada Isteri yang bersalin selama 3 bulan berturut-turut.
13) Cuti bagi  wanita (kakitangan kerajaan Negeri) yang bersalin dinaikkan selama 4 bulan berturut-turut.
14) Bantuan Pelajar ke Universiti akan ditambah sehingga RM5,000 setiap pelajar dan diperluaskan kepada pelajar sekolah yang akan belajar di asrama penuh seperti MRSM sebanyak RM3,000 setiap pelajar.
15. Dana Raya & Dana Remaja akan ditukar kepada Dana Negeri  berkebajikan sebanyak :-
  A)  Golongan  Berpendapatan Rendah (RM4,000 ke bawah)     -     RM1,000.00 setiap keluarga
  B)  Ibu Tunggal   - RM 1,000.00 
 C)  Warga Emas  - RM 1,000.00 
 D) Orang Kurang Upaya  - RM1,000.00
 E)  Remaja yang berumur 21 tahun ke atas (belum berkeluarga) - RM 500.00
16) Kakitangan Kerajan Negeri yang kematian ahli keluarga terdekat akan di beri cuti selama 1 bulan dan Khairat    
      kematian sebanyak   RM 3,000.00
17)  Pengunjung Zoo Mini Bukit Takal Kemaman (Anak Kelahiran Terengganu) dibenarkan masuk PERCUMA
18) Penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil yang baru didaftarkan dengan ROC akan diberi geran sebanyak RM 10,000.00 untuk  memulakan perniagaan
19)  Teksi - teksi  Terengganu yang berusia 5 tahun ke atas akan diberikan insentif sebanyak RM 5,000.00 untuk 
       membaikan.
20) Mengekalkan Pasar Payang sebagai Pasar Warisan Melayu.
Menurutnya, PAKATAN RAKYAT TERENGGANU  mengalu-alukan kepada semua pihak untuk terus memberikan cadangan bagi menambah pekara-perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan baru nanti, yang dapat memberi kemudahan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Friday, 15 February 2013

PKR TAMBAH KERUSI DI TERENGGANU, PRU 13 TERENGGANU MILIK PAKATAN!!

PKR Terengganu dijangka bertanding di lapan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang berbanding tujuh kerusi pada pilihan raya sebelumnya.

Pertambahan satu kerusi itu dikatakan berlaku di peringkat Dun apabila lima kerusi yang dipertandingkan sebelum ini bertambah kepada enam kerusi, manakala Parlimen masih dikekalkan kepada dua kerusi.

Walaupun keputusan tersebut belum muktamad, Ketua Penerangan PKR Terengganu, Azlan Che Mat turut mendedahkan melalui sumber yang boleh dipercayai, bahawa pertambahan kerusi terbabit melibatkan Dun Bukit Besi.

“Kita difahamkan pertambahan satu kerusi itu adalah di Bukit Besi tetapi kita tidak dapat pastikan maklumat itu sudah melalui perbincangan  muktamad atau sebaliknya.

“Manakala di peringkat Parlimen, PKR mungkin diberikan kerusi Parlimen Dungun dan Kuala Nerus,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Pada PRU 2008, calon PKR di Terengganu bertanding dua kerusi Parlimen iaitu di Dungun dan Kemaman serta lima kerusi Dun iaitu Bandar, Seberang Takir, Telemong, Permaisuri dan Kota Putera, namun kesemua calon parti itu tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, ditanya samada PKR mempunyai kekuatan mencukupi untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang, beliau yakin dengan keupayaan parti itu.

“Pertambahan dibuat atas kapasiti politik dan PKR sememangnya boleh membantu Pas mengisi kemenangan. Kita bukan mahu ‘demand’ tetapi mahu melihat hasrat untuk ke Putrajaya tercapai,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut berharap jika pertambahan kerusi benar-benar berlaku, kesemua pihak dapat menerimanya dengan terbuka tanpa sebarang bantahan. Terengganu pada Mac tahun lalu turut menyuarakan hasrat untuk bertanding di 14 kerusi melibatkan tiga kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dun pada PRU13.

Hasrat tersebut bagaimanapun dikritik hebat beberapa pimpinan Pas di peringkat negeri antaranya meminta PKR mengukur baju di badan sendiri dan mengatakan parti itu tidak layak mendapatkan jumlah kerusi sebanyak itu di negeri ini.

Thursday, 14 February 2013

hanya isyarat lucah, hukuman ke atas leong, BN kejam!!


leongPENULIS terperanjat apabila dimaklumkan bahawa Leong Pei Koe, pemuda yang didakwa kerana menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agung Isnin lepas, dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM 8,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau apabila mengaku salah atas 2 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
30 hari penjara kerana tunjuk isyarat lucah dan tambahan denda RM 8,000 lagi?  Betapa kejamnya hukuman itu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ditimpa almari lagi.
Itu kes rogol, satu perbuatan jenayah yang tidak lagi perlu dipertikaikan kesalahannya, sedangkan yang ini apa sangat kesalahannya?
Pakatan Rakyat bagaimanapun tidak menyalahkan sistem perundangan dalam hal ini, begitu juga dengan majistret berkenaan, beliau hanya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Yang patut dipersalahkan dalam hal ini adalah kerajaan BN kerana mengadakan peruntukan undang-undang dan hukuman yang tidak masuk akal sama sekali.  Having said that, penulis tidak pula berkata perbuatan menunjukkan isyarat lucah tersebut baik, tapi hukumannya perlu setimpalah dengan kesalahan yang dilakukan.
Ia seolah-olah sama seperti pencuri yang dihukum dibawah hukum hudud (yang mana perlaksanaannya ditolak sama sekali oleh Pakatan Rakyat), potong tangan walaupun hasil curiannya itu mungkin tidak seberapa nilainya.
Dengan hukuman penjara 30 hari ini, tak pasal-pasal Leong Pei Koe berisiko kehilangan pekerjaan dengan gaji lumayannya di Singapura.  Dengan rekod sedemikian juga, penulis tidak rasa ada mana-mana majikan yang mahu menggaji orang seperti beliau lagi, siapa yang mahu menggantikan semua ini?
Penulis dan ramai yang lain menerima kesalahan yang dilakukannya itu, beliau pun khabarnya sudah meminta maaf kepada Permaisuri Agung.  Penulis rasa, dengan mengambil kira semua itu, sepatutnyalah hukuman yang dikenakan ke atas pemuda ini dikurangkan seminimum mungkin.
Negara ini bukan seperti Thailand yang mengenakan hukuman yang jauh lebih tidak masuk akal kepada sesiapa yang menghina institusi beraja di negara tersebut.  Negara kita berbeza dan rakyat tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kalau satu dua insiden sedemikian rupa berlaku.
Penulis dengan ini menggesa Pakatan Rakyat menyediakan khidmat guaman terbaik untuk Leong seperti yang telah diputuskan kelmarin.  Walaupun penulis dimaklumkan, keluarga Leong dan Leong sendiri menolak khidmat guaman tersebut, tapi atas prinsip keadilan sejagat, beliau layak untuk dibela.
Mungkin ketika membuat keputusan itu (menolak bantuan guaman), keluarga Leong tidak dimaklumkan tentang implikasi penuh jika  beliau mengaku salah.  Mungkin beliau sama seperti penulis yang tidak menjangkakan hukuman seberat itu untuk kesalahan yang begitu kecil.

Saturday, 9 February 2013

YB Adun Ladang Di Fitnah khalwat, YB perlu tampil menjawab

Adun ladang kini menjadi isu hangat di laman sosial & di kalangan blogger UMNGOK, pelbagai tomahan & fitnah dilemparkan sehingga keluarga YB Tengku Hassan, Adun Ladang terpaksa menjawab isu ini di portal fitnah terengganu today.

Cerita yang mengatakan Adun Ladang ini pernah membuat hubungan sulit bersama isteri orang yang kini menjadi isteri YB mula menjadi bualan di kedai-kedai kopi dengan pelbagai versi & cerita yang berlainan.

Bagi menyelesaikan isu ini YB perlu tampil ke hadapan bagi menjawab isu ini agar tidak berlarutan di jadikan modal UMNGOK untuk menjatuhkan kredibiliti YB.

Bagi merealisasikan hasrat PAS & Parti sahabat ke Putrajaya, isu-isu kecil seperti ini perlu diselesaikan segera sebelum pembubaran parlimen & tarikh Pilihanraya di umunkan.

UMNGOK pengkhianat agama, bangsa & negara.

Thursday, 7 February 2013

Adun PAS Ladang di fitnah UMNGOK!!! Rampas Isteri orang!!

Portal fitnah www.terengganutoday.com telah menyebarkan gambar adun ladang yang dikatakan telah merampas isteri penyokong tegarnya... malahan portal ini telah mengeluarkan satu video palsu yang kononnya perbualan bekas suami wanita berkenaan.

 ini merupakan cara bagaimana UMNGOK cuba membuat fitnah kepada adun ladang supaya dapat menjatuhkan kredebiliti beliau sebagai wakil rakyat... padahal wakil rakyat itu telah berkahwin dgn janda anak tiga tersebut  dah kini menjadi suami isteri yang sah.

Ini cara terdesak yang di gempar gemburkan oleh Parti Kafir UMNGOK supaya Kisah adun PAS Ladang ini dilihat seperti Isu bodoh yang selalu dimainkan oleh media-media massa UMPORNO seperti kisah CHINA DOLL ANWAR IBRAHIM, Adun Selising & beberapa lagi wakil rakyat yang selalu dijadikan bahan makanan fitnah UMNGOK.

Keadilan Untuk Rakyat.


ANWAR LAYAK MENRIMA ANUGERAH KHAS RASULULLAH

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) baru-baru ini telah menganugerahkan Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail atas pelbagai sumbangannya terhadap wanita dan Islam di negara ini, disamping peranan yang dimainkan sepanjang menyokong perjuangan politik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ABIM adalah sebuah pergerakan belia Islam yang ditubuhkan sendiri oleh Datuk Seri Anwar pada lewat 70-an.
Anugerah Khas Saiyyidatina KhadijahDaripada apa yang penulis difahamkan, Saiyyidatina Khadijah adalah isteri pertama kepada Nabi Muhammad saw yang menjadi ikutan orang Islam di seluruh dunia hari ini.
Betapa tinggi dan mulianya anugerah tersebut, diberikan kepada seorang wanita yang memang mempunyai ciri-ciri kepimpinan wanita sejati yang sebenar. Memang Wan Azizah menepati ciri-ciri wanita hebat seperti Khadijah yang juga dikenali dalam sejarah Islam sebagai seorang wanita dengan keperibadian hebat dan punya pemikiran yang bijak, matang dan berdikari.
Untuk ini, tahniah penulis ucapkan kepada ABIM.
Dalam masa yang sama, penulis suka nak mencadangkan kepada ABIM untuk memberi Anugerah Khas Rasululullah pula kepada Anwar sebagai menghargai sumbangannya kepada negara ini.
Penganugerahan ini, akan saling lengkap melengkapi, isterinya dapat Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah, suaminya dapat Anugerah Khas Rasululullah.  Tidak adillah kalau isterinya sahaja yang diberikan penghormatan setinggi itu, sedangkan suaminya tidak.
Lagipun, Anwar seperti yang kita tahu turut mengalami detik-detik mencemaskan dalam perjuangan menuntut perubahan dan kebebasan politik yang sebenarnya di negara ini, termasuklah dihumban ke dalam penjara untuk satu tempoh yang sangat panjang.
Bukankah itu bukti jelas untuk melayakkan Anwar menerima anugerah tersebut?
Lagipun Anwar mempunyai kredebiliti sebagai seorang pemimpin negara yang tidak terjangkau oleh mana-mana pemimpin BN yang ada hari ini – sama seperti Rasululullah juga. Penulis tidak perlu mengulas panjang mengenai hal ini kerana rasanya semua orang tahu.
Anwar juga adalah pejuang rakyat yang sebenarnya dan berjaya menyatukan parti-parti pembangkang utama di negara ini di dalam Pakatan Rakyat, seperti mana Rasululullah menyatukan bangsa-bangsa berbeza semasa membentuk negara Islam Madinah dahulu.
Maka itu selayaknyalah ABIM mewujudkan anugerah khas ini untuk Anwar.  Penulis yakin, seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang kaum dan agama pasti akan menyokong usaha ini.

Wednesday, 6 February 2013

Anwar: Pendidikan Percuma Tanggungjawab Pusat


SHAH ALAM :   Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan Selangor tidak melaksanakan pendidikan percuma kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat biarpun Selangor mencatat lebihan RM2.5 bilion tahun lepas.

Menurut Anwar, pendidikan percuma mampu dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan kerana dakwanya, hasil kelapa sawit dan petroleum negara menghampiri RM150 bilion setahun. Bagaimanapun beliau sedia maklum kerajaan persekutuan mengalami defisit.
Anwar yang juga penasihat ekonomi Selangor berkata demikian dalam ucapannya “Pendidikan Percuma di Malaysia Suatu Realiti” di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan anjuran Unisel dan kerajaan negeri di sini.
Kerajaan Selangor mempunyai dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) yang mempunyai kampus di sini dan Bestari Jaya manakala Kolej Universiti Islam Selangor di Bangi.
Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa satu acara Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kulim pada 2 Februari lepas dicemari dengan tarian menjolok mata, beliau berkata, jika berlaku perkara yang kurang sopan, parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Ditanya apakah bentuk tindakan yang bakal dikenakan, beliau berkata:” Tak tahu lagi apa tindakan, tapi kalau ronggeng sikit-sikit nak ambil tindakan apa bendanya?” – Bernama