Thursday 14 February 2013

hanya isyarat lucah, hukuman ke atas leong, BN kejam!!


leongPENULIS terperanjat apabila dimaklumkan bahawa Leong Pei Koe, pemuda yang didakwa kerana menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agung Isnin lepas, dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM 8,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau apabila mengaku salah atas 2 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
30 hari penjara kerana tunjuk isyarat lucah dan tambahan denda RM 8,000 lagi?  Betapa kejamnya hukuman itu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ditimpa almari lagi.
Itu kes rogol, satu perbuatan jenayah yang tidak lagi perlu dipertikaikan kesalahannya, sedangkan yang ini apa sangat kesalahannya?
Pakatan Rakyat bagaimanapun tidak menyalahkan sistem perundangan dalam hal ini, begitu juga dengan majistret berkenaan, beliau hanya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Yang patut dipersalahkan dalam hal ini adalah kerajaan BN kerana mengadakan peruntukan undang-undang dan hukuman yang tidak masuk akal sama sekali.  Having said that, penulis tidak pula berkata perbuatan menunjukkan isyarat lucah tersebut baik, tapi hukumannya perlu setimpalah dengan kesalahan yang dilakukan.
Ia seolah-olah sama seperti pencuri yang dihukum dibawah hukum hudud (yang mana perlaksanaannya ditolak sama sekali oleh Pakatan Rakyat), potong tangan walaupun hasil curiannya itu mungkin tidak seberapa nilainya.
Dengan hukuman penjara 30 hari ini, tak pasal-pasal Leong Pei Koe berisiko kehilangan pekerjaan dengan gaji lumayannya di Singapura.  Dengan rekod sedemikian juga, penulis tidak rasa ada mana-mana majikan yang mahu menggaji orang seperti beliau lagi, siapa yang mahu menggantikan semua ini?
Penulis dan ramai yang lain menerima kesalahan yang dilakukannya itu, beliau pun khabarnya sudah meminta maaf kepada Permaisuri Agung.  Penulis rasa, dengan mengambil kira semua itu, sepatutnyalah hukuman yang dikenakan ke atas pemuda ini dikurangkan seminimum mungkin.
Negara ini bukan seperti Thailand yang mengenakan hukuman yang jauh lebih tidak masuk akal kepada sesiapa yang menghina institusi beraja di negara tersebut.  Negara kita berbeza dan rakyat tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kalau satu dua insiden sedemikian rupa berlaku.
Penulis dengan ini menggesa Pakatan Rakyat menyediakan khidmat guaman terbaik untuk Leong seperti yang telah diputuskan kelmarin.  Walaupun penulis dimaklumkan, keluarga Leong dan Leong sendiri menolak khidmat guaman tersebut, tapi atas prinsip keadilan sejagat, beliau layak untuk dibela.
Mungkin ketika membuat keputusan itu (menolak bantuan guaman), keluarga Leong tidak dimaklumkan tentang implikasi penuh jika  beliau mengaku salah.  Mungkin beliau sama seperti penulis yang tidak menjangkakan hukuman seberat itu untuk kesalahan yang begitu kecil.

1 comment:

  1. Kadang2 kena bertindak agak kejam la baru depa reti base.. klu lembut2 koho berat..

    ReplyDelete