Tuesday 19 February 2013

20 IKRAR & JANJI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT TERENGGANU!!


Pakatan Rakyat Negeri Terengganu  memberi pelbagai program dan insentif kepada rakyat Terengganu dalam manifesto untuk persediaan menghadapi PRU13, sebagai janji-janji yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat memerintah selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).
Terdapat 20 Manifesto Pakatan Rakyat Terengganu yang akan dilaksanakan :-
1) Caj Wad hospital akan di tanggung oleh kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat Terengganu.
2) Insentif perkahwinan RM15,000 untuk pengantin lelaki dan RM 8,000 untuk pengantin perempuan bagi  perkahwinan   pertama.
3)  Tabung pinjaman perumahan untuk rakyat secara qardhul-hasan sebanyak RM100 juta setahun, dan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan negeri Terengganu.
4)  Tabung pinjaman usahawan 300 ribu seorang.
5)  Insentif untuk ujian memandu  RM2000.
6)  Insentif ibu bersalin sebanyak RM400 setiap kelahiran dan caruman RM5000 untuk anak.
7)  Insentif RM 2000 setiap bulan kepada warga emas yang berusia 60 tahun keatas selain  pesara kerajaan.
8)  Mewujudkan pusat kegiatan Masyarakat Setiap DUN & Sekolah Rendah Mengantikan Sekolah Sekular.
9 ) Memansuhkan semua bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Terengganu dan menggantikannya dengan biasiswa 15,000 satu Semester.
10) Setiap Rakyat Terengganu layak memohan 1 lot tanah & sebuah rumah di atas tanah tapak yang di pohon.
11) Mewujudkan bandar lestari baru di  setiap daerah dengan pelbagai pengangkutan awan percuma kepada Rakyat Terengganu dengan mengunakan sistem E-Tiket dengan 'Claim' daripada kerajaan Negeri.
12) Cuti bagi kakitangan kerajaan Negeri bagi Suami kepada Isteri yang bersalin selama 3 bulan berturut-turut.
13) Cuti bagi  wanita (kakitangan kerajaan Negeri) yang bersalin dinaikkan selama 4 bulan berturut-turut.
14) Bantuan Pelajar ke Universiti akan ditambah sehingga RM5,000 setiap pelajar dan diperluaskan kepada pelajar sekolah yang akan belajar di asrama penuh seperti MRSM sebanyak RM3,000 setiap pelajar.
15. Dana Raya & Dana Remaja akan ditukar kepada Dana Negeri  berkebajikan sebanyak :-
  A)  Golongan  Berpendapatan Rendah (RM4,000 ke bawah)     -     RM1,000.00 setiap keluarga
  B)  Ibu Tunggal   - RM 1,000.00 
 C)  Warga Emas  - RM 1,000.00 
 D) Orang Kurang Upaya  - RM1,000.00
 E)  Remaja yang berumur 21 tahun ke atas (belum berkeluarga) - RM 500.00
16) Kakitangan Kerajan Negeri yang kematian ahli keluarga terdekat akan di beri cuti selama 1 bulan dan Khairat    
      kematian sebanyak   RM 3,000.00
17)  Pengunjung Zoo Mini Bukit Takal Kemaman (Anak Kelahiran Terengganu) dibenarkan masuk PERCUMA
18) Penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil yang baru didaftarkan dengan ROC akan diberi geran sebanyak RM 10,000.00 untuk  memulakan perniagaan
19)  Teksi - teksi  Terengganu yang berusia 5 tahun ke atas akan diberikan insentif sebanyak RM 5,000.00 untuk 
       membaikan.
20) Mengekalkan Pasar Payang sebagai Pasar Warisan Melayu.
Menurutnya, PAKATAN RAKYAT TERENGGANU  mengalu-alukan kepada semua pihak untuk terus memberikan cadangan bagi menambah pekara-perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan baru nanti, yang dapat memberi kemudahan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

No comments:

Post a Comment