HASRAT wanita tua ini, Maimun Yusof, 94 untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu, benar-benar menjengkelkan penulis. Walaupun dia tidak berupaya memberi cabaran kepada calon Pakatan Rakyat mahupun calon BN, tapi kehadirannya mampu menjejaskan undi yang sepatutnya diterima Pakatan Rakyat.
Perkara ini terbukti pada 2008, bila Maimun atau lebih dikenali sebagai Tuk Mun ini bertanding di parlimen yang sama dan berjaya memperolehi 685 undi sehingga menyaksikan calon PAS, Mohamad Sabu tewas tipis di tangan calon BN, Razali Ibrahim (sudah meninggal dunia) dengan majoriti sebanyak 628 undi.
Kalau si tua ini tidak bertanding, hampir pasti Kuala Terenggau menjadi milik Pakatan Rakyat dengan lebih awal tanpa perlu menunggu Razali mati pun.
Lagipun, pada umur setua ini, apa yang Maimun mampu lakukan untuk kepentingan rakyat Kuala Terengganu? Nak berkempen pun sukar, lagi nak berulang alik untuk menghadiri sidang parlimen nanti (kalau menanglah, yang mana sangat mustahil).
Menjadi calon pilihanraya bukan perkara suka-suka atau memenuhi hasrat yang tidak berjaya dilakukan ketika muda. Nasib rakyat yang sedang dipertaruhkan sekarang dan penentuan kepada masa depan Negara.
Walaupun tidak ada undang-undang yang melarang orang pada umur begini menjadi calon, tapi logiklah sedikit, takkan dia masih mampu berkhidmat kepada rakyat lagi. Nak bantu diri sendiri pun belum tentu.
Nampak sangat kehadirannya hanya untuk menganggu peluang Pakatan Rakyat untuk menang walaupun dalam pilihanraya kecil yang diadakan kemudian, Pakatan Rakyat berjaya merampas semula kawasan tersebut dengan majoriti yang lebih besar dari yang dimenangi Razali, iaitu sebanyak 2,631 undi.
Justeru, jentera Pakatan Rakyat di kawasan itu perlu memastikan Tuk Mun ini tidak berjaya meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang.
Tuk Mun ini elok diingatkan bahawa tempatnya di kubor, bukan di Parlimen. Elok sangatlah bagi perhatian kepada kematian yang boleh menjelang pada bila-bila masa dari membuat dosa dengan menganggu peluang orang lain yang lebih muda untuk berkhidmat sebagai ahli parlimen.