BANYAK tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zainudin Maidin dan beberapa orang lain lagi kebelakangan ini yang telah merosakkan reputasi Pakatan Rakyat.
Walaupun telah bersara dari politik dan jawatannya pada 2003, laman ini perlu mengakui bahawa Mahathir masih mempunyai pengaruh yang agak kuat di kalangan rakyat Malaysia, terutama di kalangan orang Melayu dan India. Orang tua ini dah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, bodohlah kalau sesiapa menganggap dia tidak mempunyai pengaruh.
Keadaan ini boleh dilihat pada 2008, bilamana kecaman berterusan Mahathir ke atas pentabiran kerajaan Malaysia dibawah Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu telah menyebabkan UMNO dan BN hilang majority 2./3 di parlimen - kali pertama sejak 1969.
Pakatan Rakyat tidak boleh mengulangi kesilapan Paklah yang terlalu memandang rendah keupayaan Mahathir sehingga BN dibawah pimpinannya hampir ditumbangkan pada 2008.
Maka itu, kenyataan Mahathir perlu diambil berat oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan sewajarnyalah pada waktu ini, jentera Pakatan Rakyat menumpukan sepenuh usaha untuk menyerang Mahathir, Daim dan sesiapa juga yang dilihat bersekongkol dengan mereka.
Tidak boleh tunggu-tunggu lagi.
Apatah lagi setelah laman ini melihat ada perubahan sokongan yang agak besar dari pengundi cina kepada UMNO kebelakangan ini, terutama setelah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memberikan petunjuk bahawa BN akan menang dengan majoriti lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang.
Dari apa yang laman ini faham, kalau majoriti besar, itu bermaksud BN akan kembali menguasai 2/3 majoriti dalam parlimen kerana kalau diikutkan keputusan pada 2008, mereka hanya kekurangan 8 kerusi parlimen sahaja.
Datuk Seri Anwar Ibrahim rasanya telah memulakan langkah bijak apabila kerap menyerang Mahathir kebelakangan ini sehingga ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bimbang kenapa beliau tidak langsung menyentuh Najib.
Tapi sebagai pemimpin yang kaya dengan pengalaman dan pernah menjadi Timbalan kepada Mahathir, Anwar sebenarnya tahu kelebihan Mahathir yang tidak dimiliki oleh Najib, yang mana kelebihan itu kalau tidak ditangani betul-betul, akan menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
Langkah ini seharusnya diikuti oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, takkan nak tunggu bersuruh?
Mengarutlah korg nie. Mahathir pemimpin yg di segani tak mcm anwar hanya pandai ckp n nk jual bangsa.kalau betul anwar melayu. Knpe beliau xkeluar pakatan rakyat dan bela nasib rakyat yg miskin?
ReplyDelete