Thursday 7 February 2013

ANWAR LAYAK MENRIMA ANUGERAH KHAS RASULULLAH

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) baru-baru ini telah menganugerahkan Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail atas pelbagai sumbangannya terhadap wanita dan Islam di negara ini, disamping peranan yang dimainkan sepanjang menyokong perjuangan politik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ABIM adalah sebuah pergerakan belia Islam yang ditubuhkan sendiri oleh Datuk Seri Anwar pada lewat 70-an.
Anugerah Khas Saiyyidatina KhadijahDaripada apa yang penulis difahamkan, Saiyyidatina Khadijah adalah isteri pertama kepada Nabi Muhammad saw yang menjadi ikutan orang Islam di seluruh dunia hari ini.
Betapa tinggi dan mulianya anugerah tersebut, diberikan kepada seorang wanita yang memang mempunyai ciri-ciri kepimpinan wanita sejati yang sebenar. Memang Wan Azizah menepati ciri-ciri wanita hebat seperti Khadijah yang juga dikenali dalam sejarah Islam sebagai seorang wanita dengan keperibadian hebat dan punya pemikiran yang bijak, matang dan berdikari.
Untuk ini, tahniah penulis ucapkan kepada ABIM.
Dalam masa yang sama, penulis suka nak mencadangkan kepada ABIM untuk memberi Anugerah Khas Rasululullah pula kepada Anwar sebagai menghargai sumbangannya kepada negara ini.
Penganugerahan ini, akan saling lengkap melengkapi, isterinya dapat Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah, suaminya dapat Anugerah Khas Rasululullah.  Tidak adillah kalau isterinya sahaja yang diberikan penghormatan setinggi itu, sedangkan suaminya tidak.
Lagipun, Anwar seperti yang kita tahu turut mengalami detik-detik mencemaskan dalam perjuangan menuntut perubahan dan kebebasan politik yang sebenarnya di negara ini, termasuklah dihumban ke dalam penjara untuk satu tempoh yang sangat panjang.
Bukankah itu bukti jelas untuk melayakkan Anwar menerima anugerah tersebut?
Lagipun Anwar mempunyai kredebiliti sebagai seorang pemimpin negara yang tidak terjangkau oleh mana-mana pemimpin BN yang ada hari ini – sama seperti Rasululullah juga. Penulis tidak perlu mengulas panjang mengenai hal ini kerana rasanya semua orang tahu.
Anwar juga adalah pejuang rakyat yang sebenarnya dan berjaya menyatukan parti-parti pembangkang utama di negara ini di dalam Pakatan Rakyat, seperti mana Rasululullah menyatukan bangsa-bangsa berbeza semasa membentuk negara Islam Madinah dahulu.
Maka itu selayaknyalah ABIM mewujudkan anugerah khas ini untuk Anwar.  Penulis yakin, seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang kaum dan agama pasti akan menyokong usaha ini.

No comments:

Post a Comment