Wednesday, 3 April 2013

Pakatan Rakyat Akan Menang 69 Kerusi

MAKLUMAT terbaru hasil dari kajian yang dijalankan oleh Merdeka Survey Center menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat hanya mampu menang dengan selamat di 69 kerusi parlimen sahaja.
 
Kebanyakkan dari kerusi-kerusi tersebut adalah dimenangi oleh DAP dan parti tersebut dijangka menguasai lebih banyak kerusi parlimen mewakili Pakatan Rakyat kali ini.
 
Tidak begitu mengejutkan juga apabila Kedah dinyatakan dalam kajian tersebut sebagai negeri yang paling banyak menyumbang kepada kehilangan kerusi Parlimen bagi Pakatan Rakyat.  Antara yang menjadi sebab kepada keadaan tersebut ialah kegagalan wakil yang dipilih berkhidmat kepada rakyat, kurang kerjasama dari kerajaan negeri dan sebagainya.
 
Faktor yang terbesar sekali sudah tentulah pergeseran politik dalam parti pemerintah PAS yang menjejaskan khidmat yang cuba diberikan wakil-wakil rakyat berkenaan kepada pengundi di kawasan masing-masing.
 
Di negeri-negeri lain juga ada masalah yang hampir serupa, sementara UMNO/BN sedang memantapkan kedudukan di kawasan-kawasan yang mereka kalah pada 2008.
 
Semua inilah yang menyumbang kepada keadaan di mana Pakatan Rakyat bakal kehilangan banyak kerusi Parlimen, disebalik pelbagai usaha saat-saat akhir yang dilakukan pemimpin untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di lebih banyak kerusi parlimen dan DUN.
 
Antaranya seperti tindakan pemimpin-pemimpin DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri meninggalkan kerusi selamat masing-masing dan bertanding di kerusi parlimen lain.  Walaupun
 
Tapi berapa kerat sangat kerusi yang diperuntukkan kepada DAP dan PKR pun dimana formula tersebut boleh dipraktikkan.  DAP mungkin boleh dapat banyak kerusi kerana kawasan dengan populasi kaum yang seimbang ini memang banyak di Negara ini, bagaimana dengan PKR, PAS yang hanya bergantung kepada undi Melayu?
 
Inilah masalahnya yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan Pakatan Rakyat sebelum proses penamaan calon bermula.  Walaupun sudah ada pengumuman di sana sini, tapi perkara itu boleh berubah pada bila-bila masa sahaja selagi belum hari penamaan calon.
 
Selain itu perlu juga difikirkan tentangan dalaman dari pemimpin dan penyokong di peringkat akar umbi yang tidak dipilih kerana memberi jalan kepada calon luar yang lebih berkelayakkan. 
 
Ini penting kerana setakat artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya sudah 3 Ketua Cabang yang menunjukkan protes kerana tidak dipilih, dengan 1 daripadanya (pemimpin di Perak) telah membuat pengumuman untuk keluar dari PKR.

1 comment:

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    [8]
    Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
    [9]
    Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

    Surah Al-Mumtahanah Ayat 8 & 9

    ReplyDelete