ABIM adalah sebuah pergerakan belia Islam yang ditubuhkan sendiri oleh Datuk Seri Anwar pada lewat 70-an.
Daripada apa yang penulis
difahamkan, Saiyyidatina Khadijah adalah isteri pertama kepada Nabi
Muhammad saw yang menjadi ikutan orang Islam di seluruh dunia hari ini.
Betapa tinggi dan mulianya anugerah
tersebut, diberikan kepada seorang wanita yang memang mempunyai
ciri-ciri kepimpinan wanita sejati yang sebenar. Memang Wan Azizah
menepati ciri-ciri wanita hebat seperti Khadijah yang juga dikenali
dalam sejarah Islam sebagai seorang wanita dengan keperibadian hebat dan
punya pemikiran yang bijak, matang dan berdikari.
Untuk ini, tahniah penulis ucapkan kepada ABIM.
Dalam masa yang sama, penulis suka nak mencadangkan kepada ABIM untuk memberi Anugerah Khas Rasululullah pula kepada Anwar sebagai menghargai sumbangannya kepada negara ini.
Penganugerahan ini, akan saling lengkap melengkapi, isterinya dapat Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah, suaminya dapat Anugerah Khas Rasululullah. Tidak adillah kalau isterinya sahaja yang diberikan penghormatan setinggi itu, sedangkan suaminya tidak.
Lagipun, Anwar seperti yang kita tahu
turut mengalami detik-detik mencemaskan dalam perjuangan menuntut
perubahan dan kebebasan politik yang sebenarnya di negara ini,
termasuklah dihumban ke dalam penjara untuk satu tempoh yang sangat
panjang.
Bukankah itu bukti jelas untuk melayakkan Anwar menerima anugerah tersebut?
Lagipun Anwar mempunyai kredebiliti
sebagai seorang pemimpin negara yang tidak terjangkau oleh mana-mana
pemimpin BN yang ada hari ini – sama seperti Rasululullah juga. Penulis
tidak perlu mengulas panjang mengenai hal ini kerana rasanya semua orang
tahu.
Anwar juga adalah pejuang rakyat yang
sebenarnya dan berjaya menyatukan parti-parti pembangkang utama di
negara ini di dalam Pakatan Rakyat, seperti mana Rasululullah menyatukan
bangsa-bangsa berbeza semasa membentuk negara Islam Madinah dahulu.
Maka itu selayaknyalah ABIM mewujudkan
anugerah khas ini untuk Anwar. Penulis yakin, seluruh rakyat Malaysia
dari pelbagai latar belakang kaum dan agama pasti akan menyokong usaha
ini.
No comments:
Post a Comment