Wednesday, 13 March 2013

"LAHAD DATU....TUNGGU......"TIAN CHUA


NAIB Presiden PKR, YB Tian Chua dilaporkan sebentar tadi oleh sumber suarapakatanrakyat.com di ibu pejabat PKR, Tropicana, akan mengadakan lawatan ke Lahad Datu Sabah, untuk bertemu dengan rakyat di sana dan menjelaskan begitu banyak salah faham berkaitan kenyataannya yang menyifatkan insiden di Lahad Datu ini sebagai satu sandiwara UMNO.
Selain dari sesi penerangan, Tian Chua juga akan turut hadir di Balai Polis Lahad Datu untuk memberi keterangan atas beberapa laporan polis yang telah dibuat ke atas beliau di sana.
Lawatan tersebut dijangka diadakan beberapa hari dari sekarang ini bukan sebagai respon ke atas cabaran ahli Parlimen Silam, Datuk Salleh Kalbi beberapa hari lepas yang sanggup membiayai kedatangan beliau kesana (Salleh boleh simpan saja wangnya itu), tapi sememangnya sejak salah faham ini bermula, Tian Chua memang tidak sabar untuk ke Sabah tapi tertangguh atas beberapa sebab tertentu.
Diantaranya, termasuklah untuk mendapatkan jaminan keselamatan dari pihak Polis Diraja Malaysia dengan menyediakan khidmat kawalan polis pengiring sepanjang beliau berada di sana.
Jaminan ini bukan bermaksud Tian Chua bimbang dengan tindak balas rakyat Sabah, beliau pun tahu rakyat Sabah sudah muak dengan pentadbiran kerajaan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.  Tapi beliau bimbang dengan kacau bilau yang mungkin dicetuskan penyokong UMNO atau samseng yang diupah untuk mencederakannya nanti.
Pemimpin Pakatan Rakyat Sabah, seperti Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing juga akan turut menyertai Tian Chua sepanjang siri jelajah ini untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada penduduk Sabah amnya dan Lahad Datu khasnya.
Lajim yang dilaporkan turut mempunyai pandangan hampir sama dengan Tian Chua mengenai sandiwara UMNO dalam insiden pencorobohan ini, dilaporkan telah berada di Lahad Datu sejak beberapa hari lepas untuk memastikan kelancaran persiapan menyambut Tian Chua nanti.
Cuma yang dibimbangi sekarang ialah keengganan kerajaan negeri Sabah untuk membenarkan Tian Chua memasuki Sabah. Apatah lagi dalam beberapa demonstrasi yang diadakan sebelum ini, ada permintaan gila dari mereka yang terlibat, meminta kerajaan Sabah menghalang Tian Chua dari memasuki negara tersebut.
Seperti yang umum tahu, selaras dengan Perjanjian 20 Perkara kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia dahulu, hak imigresen untuk membenarkan atau tidak orang Semenanjung untuk memasuki Sabah, adalah terletak di tangan kerajaan negeri terbabit.
Laman ini mendesak kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman supaya membenarkan kemasukan Tian Chua ke Sabah bagi membolehkannya membela diri atas kenyataannya yang diputar belit oleh media UMNO dan BN.  Jangan jadi bacul dengan menghalang Tian Chua dari masuk.
Rakyat perlu dimaklumkan bahawa kenyatan Tian Chua itu dibuat sebelum kematian di kalangan anggota keselamatan bermula, bukan selepas. Walaupun laman ini tidak nampak sebarang kaitan antara dakwaan sandiwara UMNO dengan kematian anggota keselamatan, tapi jika itulah alasannya, maka penyokong Pakatan Rakyat perlu menerima dengan hati terbuka.
Sebarang pro and cons, kita putuskan kemudian.


LAMAN ini dimaklumkan kenyataan Naib Presiden Tian Chua yang menggambarkan pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO, semakin mendapat sokongan hebat dari rakyat.
Walaupun kebelakangan ini tidak ada hari dimana gambar beliau tidak dipijak dan dibakar oleh majoriti tua-tua bacul-bacul pesara tentera dan polis (kebanyakan bekas komando), tapi Tian Chua khabarnya tetap ‘istiqomah‘ (betul ke ejaan?) dalam menghadapi semua dugaan dan cabaran kecil ini.
Beliau dikhabarkan tidak langsung terjejas dengan semua tindakan tersebut kerana tahu tindakan pengecut seumpama itu hanya bertujuan nak dapat glamour saja, selain dibayar. Air mata kalau ada yang menitis pun kerana sedihlah kononnya dengan kenyataan Tian Chua itu, tidak lebih dari air mata buaya.
Beliau juga masih bebas ke sana kemari tanpa halangan, tak seperti yang cuba digambarkan kebanyakkan media UMNO dan blogger mereka, kononnya YB Batu itu hidup dalam ketakutan, malah ada juga yang mengatakan Tian Chua sudah lari ke Singapura!!
Bodoh.
Kalau difikirkan semula, apa dapat bakar gambar, bukankah itu kerja sia-sia namanya?  Buat malu imej pasukan komando sahaja, nampak hebat masa bertugas, bila dah bersara berperangai macam pondan!!
Hakikatnya, sudah ada yang melihat tayangan sandiwara UMNO dalam isu ini semakin hari semakin jelas.
Contohnya semalam, sumber laman ini yang berada di Lahad Datu sejak Ahad lepas melihat sendiri 2 mayat anggota tentera diusung masuk ke Hospital selepas pertempuran kedua pada jam 10 pagi tamat. Tapi kerajaan hanya mengumumkan satu kematian kerana pertempuran dengan tentera diraja Sulu.
Manakala, satu lagi kematian kononnya kerana kemalangan sewaktu menghantar bekalan!!  Macam ada yang tidak kena.
Apatah lagi, bukan satu rahsia bahawa dari segi teknik propaganda perang, memang ada beza mati dalam pertempuran dan mati kemalangan.
Mati dalam pertempuran, walaupun boleh digunakan untuk tujuan menaikan imej politik kerajaan, tapi dalam masa yang sama mendedahkan pasukan keselamatan kepada kecaman masyarakat,bagaimana boleh mati, adakah kerana kurang latihan, cuai atau sebagainya.
Selain itu boleh juga dipersoalkan kelengkapan yang tidak mencukupi untuk melindungi semua anggota tentera tersebut semasa bertugas.  Apatah lagi, rakyat boleh lihat sendiri di kaca TV, bukan semua anggota tentera bertugas yang dilengkapi baju kalis peluru dan topi keselamatan, mana tak mati!!
Jadi teori laman ini, jalan paling baik ialah mengatakan anggota tersebut mati dalam kemalangan semasa menghantar bekalan, daripada menambah jumlah kematian akibat pertempuran.
Bagiamanpun suka dijelaskan bahawa semua itu hanyalah satu teori.  Yang penting, semua ini untuk rakyat berfikir lebih mendalam dan membuat perbandingan sebelum memutuskan kenyataan Tian Chua tersebut salah dan sebagainya.
by:SPR

Tuesday, 12 March 2013

Ap Kejadahnya Gaji Polis Naik



SEJAK Ops Daulat ini bermula, pelbagai kelemahan ketara dari segi tahap siap siaga anggota polis dan tentera negara kita, menjadi tontonan masyarakat hari ke hari.
Dari askar yang cuai sehingga penceroboh bersenjata dapat menerobos masuk, juruterbang tentera yang gagal melepaskan bom tepat pada sasaran, sehingga kepada polis pasukan khas yang gagal mengenalpasti penjenayah sebenar dan menyebabkan seorang remaja berusia antara 12-15 tahun menjadi korban peluru mereka, semua ini menjadi topik perbualan hangat rakyat di kedai kopi.
Orang UMNO duduk Coffee House pagi sampai petang, mana nak tau cerita ini semua.
Itu yang kita semua pelik, bagaimana dengan semua keadaan yang menjurus kepada tidak efisien seperti ini, Perdana Menteri Najib Tun Razak boleh membuat keputusan untuk menaikkan gaji anggota tentera dan polis serta kakitangan awam yang lain – menggunakan alasan penyelarasan gred?
Laman ini mengakui bahawa kami tidak pakar dengan Perintah Am yang menjadi rujukan bila bercakap tentang kakitangan awam, tapi bukankah dalam masa yang sama, mengikut logik akal, kenaikan gaji sepatutnya berasaskan prestasi perkhidmatan individu, jabatan atau pasukan tersebut?
Rakyat ada hak untuk tahu kerana wang ini (hampir RM 2 billion) bukan keluar mencurah dari poket Najib, sebaliknya dari hasil yang disumbangkan rakyat keseluruhan!!
Benar, Pakatan Rakyat juga menawarkan kenaikan gaji anggota polis sebanyak 15% dalam Manifesto Rakyat yang dibentangkan beberapa minggu lepas, tapi itu hanya setelah mengambil kira pengurangan saiz anggota pasukan tersebut secara berperingkat-peringkat dengan pemansuhan Cawangan Khas dan Pasukan Gerakan Am (PGA) – rujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lagipun itu hanyalah tawaran, keputusan akhir hanya akan dibuat setelah Pakatan Rakyat mendapat akses penuh kepada kedudukan kewangan negara, sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat nanti.
Berkaitan anggota tentera pula, Pakatan Rakyat tidak ada rancangan untuk menaikkan gaji mereka kerana selain kos yang membebankan rakyat, peranan mereka dalam menjaga keselamatan negara pun belum benar-benar teruji, berbanding dengan anggota polis yang berdepan dengan jenayah hampir setiap hari.
Tindakan Najib membuat pengumuman kenaikan gaji ini jelas bermotifkan politik, mengambil kesempatan dari situasi tegang yang berlaku di Sabah sekarang.  Najib juga cuba mewariskan beban kewangan yang bertimbun kepada Pakatan Rakyat dengan pengumuman kenaikan gaji ini.
Najib terlupa, kakitangan awam hanyalah sebahagian kecil dari keseluruhan masyarakat Malaysia hari ini.  Walaupun peranan mereka memang diakui penting, tapi peranan rakyat dari kumpulan yang lain juga tidak boleh diketepikan.
Apatah lagi mengambil kira jumlah mereka yang jauh lebih ramai!!.
by:SPR


Rosmah Berpura-pura



SEMALAM isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur dikhabarkan telah mengadakan upacara solat hajat, kononnya untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas di Sabah.
Tapi laman ini dapat merasakan upacara solat tersebut gagal mencapai tujuannya apabila 2 lagi anggota keselamatan dikhabarkan telah mati dalam pertempuran terbaru dengan tentera diraja Sulu hari ini.
Manakala 3 lagi tentera diraja Sulu yang terbabit dalam pertempuran tersebut telah gugur dalam pertempuran pagi tadi.
Bagaimanapun yang lebih penting, Pakatan Rakyat difahamkan bahawa tindakan Rosmah itu hanya bertujuan untuk menarik simpati rakyat terhadap kerajaan BN pimpinan suaminya yang semakin hampir menjadi pembangkang di Parlimen dalam pilihanraya akan datang.
Hanya orang bodoh saja yang ingat perempuan seperti Rosmah ada masa dan perasaan yang cukup untuk prihatin dengan keadaan anggota keselamatan kita di Sabah
Lagipun, dari sudut agama Islam juga, bagaimana solat dan doa orang seperti Rosmah yang gagal menutup aurat boleh diterima tuhan?  Dari apa yang laman ini dimaklumkan, doa orang yang berdosa seperti dia hanya tergantung di tengah-tengah dan tidak sampai kepada tuhan.
Setakat mana betulnya pandangan itu, laman ini kurang pasti tapi itulah yang diberitahu kepada kami.
Sebetulnya jalan penyelesaian konflik di Sabah ini hanya boleh diselesaikan jika pemimpin Pakatan Rakyat dibabitkan sama.  Tindakan menyerahkan kepada polis dan tentera untuk membuat semua keputusan telah menyebabkan insiden mudah seperti inipun masih tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang.
Mengadakan doa dan upacara sembahyang hajat ini sebetulnya hanya membuang masa dan tidak langsung menyumbang kepada penyelesaian secara menyeluruh.  Rakyat negara kita terlalu dipesongkan dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan usaha yang sebenarnya.
Benda-benda macam ini tidak boleh menyelesaikan masalah, kalau tidak PAS telah lama mengadakan upacara sama secara besar-besaran seperti di Stadium Muhammad Ke IV sempena Muktamar PAS ke 58, November tahun lepas.
Nampaknya, Rosmah dan kerja sia-sia seakan tidak dapat dipisahkan.
by:SPR